Wednesday, May 11, 2011

Blog Lagi??

Assalamualaikum.

Ya, kembali menulis di arena blog. Aku pun dah lupa berapa blog aku pernah ada, pernah jadi penulis dan pernag menjadi penghapus kepada blog-blog tersebut. Sebab dah lama tak berblog, aku pun banyak dah lupa macam mana nak buat blog. Jadi tadi aku pun godek-godek semua yang ada dekat dashboard.

Pertamanya mesti lah mahu cari template yang cun-melecun untuk blog yang sampai bila entah bertahan nie. Entah-entah minggu depan aku hapus balik blog ni. Huhuhu. Susah benar nak mencari template ni, pergi kat semua web tengok template-templat semua dah kena beli dan bayar. Aiseh! Template pun kena beli ka? Sudah lah semua barang keperluan dunia mengalami kenaikan mendadak harga. Waduh! Bikin gue pengsan gini, parah dong!

Ok, aku sangat lah tidak rajin untuk menghias bagai blog kali ni. Haha, padahal blog sebelum ini pun aku tak pernah buat sebab ada orang yang sangat rajin tolong buat sekali dengan hiasan yang cantik sangat dan kalau kerajinannya berada di tahap tertinggi siap boleh tolong kemaskini post lagi. Huu. Bahagia wooo, tak payah pening-pening fikir nak post entri apa. Eh, ok setakat ini lah dulu malas nak tulis panjang-panjang.